Wednesday, November 13, 2013

Bukan ramalan..tapi kenyataan..kene pahamkan..bukan disimpan :))

hai berjumpa lg..di dlm kehangatan SPM skrg..Paper SPM RC
bakal menjelang 20 Nov 2013..baiklah di .sini ada.sedikit perkongsian utk semua pelajar rc..bahagian sistem akan dibincangkan kepada sesiapa yg hadir.d kelas tambahan cgu..so c u soon..Rujuk Kongsi

http://rcsmkrp.blogspot.com/p/tema-rc_06.html

Saturday, November 9, 2013

Memory Remains 2013 : 5 Teknologi 1

Selamat menduduki SPM kertas Reka.Cipta dan ICT  kepada semua calon SPM terutamanya kelas cikgu 5 teknologi 1...All the BEST!



Tugasan calon SPM RC 2014

Salam 1 Malaysia

Sudah seminggu cuti semester akhir bermula..
seronok bercuti bermakna perjuangan
bermula kepada calon-calon SPM 2013..
Semoga calon-calon RC SPM 2013 dapat memanfaatkan dahmeluahkan semua
yang telah dipelajari agar mendapatkeputusan yang cemerlang..
 Aamiin.. In Sha Allah

Namun perjuangan pelajar-pelajar ting 4 RC seluruh
 Malaysia belum penamatnya..
cuti-cuti Malaysia nih janganla mengganggap masa
 "honeymoon" untuk
bersenanglenang tidak mengulangkaji pelajaran.. isikan masa anda dengan perkara berfaedah..


Baiklah utk pelajar RC T4 SMKRP bagi tugasan cuti kali ini..
Cikgu terpaksa postkan di blog disebabkan tidak dapat berjumpa anda semua
pada minggu akhir sebelum cuti bermula..dan disebabkan modul pbs masih lg
sedang dlm di UPDATE..
(cikgu terlalu banyak yg perlu diUPDATE..satu satu la ye)

Untuk menyiapkan tugasan semasa cuti ini..  

SILA Rujuk kepada ruangan PBS


































Wednesday, May 29, 2013

Bersedia.. tema 2014

TEMA KERJA KURSUS
REKA CIPTA SPM
3763/2

Semua pelajar tingkatan 4Sc2. 4T1. 4T2 SMKRP dikehendaki bersedia comeout dengan idea masing-masing selepas cuti semester 2013 ini..Kerja kursus akan bermula, seperti biasa surf produk-produk sedia ada di pasaran dan setelah dapat idea, pilih tema anda!


PENGHANCURAN

1.1                     BIDANG
Penyediaan makanan

1.2                     PENGENALAN
Penghancuran merupakan proses kerja yang dilakukan supaya bahan makanan menjadi lebih kecil atau halus.

1.3                     FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja menghancur atau memecah bahan makanan supaya menjadi lebih kecil atau halus.
               (Rujuk aspek 1.1, 1.2 / 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja kursus Reka               
                Cipta)

1.4          TAKRIF
               Penghancuran merupakan perihal (perbuatan) menghancurkan.
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.                    Penghancuran perihal (perbuatan dsb) menghancurkan.
ii.                  Menghancurkan: menjadikan hancur atau pecah berserpihan atau remuk atau relai

1.4                     KAEDAH PENGHANCURAN
Menggiling/ menumbuk/ menghentam/ memotong/ merincih/ mengisar/ menekan/ memampat/ mengapit/ memutar
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).
               (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta


PEMOTONGAN

1.1          BIDANG
               Kepenggunaan

1.2          PENGENALAN
Pemotongan merupakan proses kerja yang dilakukan supaya sesuatu bahan atau benda dapat dipotong.

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja sesuatu bahan atau benda atau tanaman dapat dipotong.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4          TAKRIF
Pemotongan merupakan proses kerja atau aktiviti untuk mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah sesuatu bahan/ benda/ makanan/ tanaman dapat dipotong.
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.                    Memotong: Memutus sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain)
ii.                  Pemotongan : Perbuatan memotong (mengerat, menggunting dan lain-lain alat)

1.5          KAEDAH PEMOTONGAN
Mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah.
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
   (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

PENCEGAHAN

1.1                     BIDANG
               Keselamatan

1.2                     PENGENALAN
Pencegahan merupakan perbuatan atau aktiviti yang dilakukan untuk menghalang atau melindungi sesuatu perkara yang tidak diingini.

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja untuk menghalang atau melindungi bahan atau peralatan atau perkakasan atau benda atau tanaman makanan daripada kerosakan atau kemusnahan atau kecurian atau kebakaran atau kehilangan.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4          TAKRIF
Pencegahan adalah satu cara untuk menghalang/ melindungi bahan/ peralatan/ perkakasan/ peralatan perkakasan/ benda/ tanaman/ makanan daripada kerosakan/ kemusnahan/ kecurian/ kebakaran/ kehilangan.

1.5          KAEDAH  PENCEGAHAN
Memancut/ menyembur/ mengesan/ merenjat/ menutup/ melindungi/ mengunci/ memerangkap/ mengikat/ memagar/ menyarung/ membungkus/ menghadang/ menyekat
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
               (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)