Wednesday, May 29, 2013

Bersedia.. tema 2014

TEMA KERJA KURSUS
REKA CIPTA SPM
3763/2

Semua pelajar tingkatan 4Sc2. 4T1. 4T2 SMKRP dikehendaki bersedia comeout dengan idea masing-masing selepas cuti semester 2013 ini..Kerja kursus akan bermula, seperti biasa surf produk-produk sedia ada di pasaran dan setelah dapat idea, pilih tema anda!


PENGHANCURAN

1.1                     BIDANG
Penyediaan makanan

1.2                     PENGENALAN
Penghancuran merupakan proses kerja yang dilakukan supaya bahan makanan menjadi lebih kecil atau halus.

1.3                     FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja menghancur atau memecah bahan makanan supaya menjadi lebih kecil atau halus.
               (Rujuk aspek 1.1, 1.2 / 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja kursus Reka               
                Cipta)

1.4          TAKRIF
               Penghancuran merupakan perihal (perbuatan) menghancurkan.
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.                    Penghancuran perihal (perbuatan dsb) menghancurkan.
ii.                  Menghancurkan: menjadikan hancur atau pecah berserpihan atau remuk atau relai

1.4                     KAEDAH PENGHANCURAN
Menggiling/ menumbuk/ menghentam/ memotong/ merincih/ mengisar/ menekan/ memampat/ mengapit/ memutar
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).
               (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta


PEMOTONGAN

1.1          BIDANG
               Kepenggunaan

1.2          PENGENALAN
Pemotongan merupakan proses kerja yang dilakukan supaya sesuatu bahan atau benda dapat dipotong.

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja sesuatu bahan atau benda atau tanaman dapat dipotong.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4          TAKRIF
Pemotongan merupakan proses kerja atau aktiviti untuk mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah sesuatu bahan/ benda/ makanan/ tanaman dapat dipotong.
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.                    Memotong: Memutus sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain)
ii.                  Pemotongan : Perbuatan memotong (mengerat, menggunting dan lain-lain alat)

1.5          KAEDAH PEMOTONGAN
Mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah.
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
   (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

PENCEGAHAN

1.1                     BIDANG
               Keselamatan

1.2                     PENGENALAN
Pencegahan merupakan perbuatan atau aktiviti yang dilakukan untuk menghalang atau melindungi sesuatu perkara yang tidak diingini.

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja untuk menghalang atau melindungi bahan atau peralatan atau perkakasan atau benda atau tanaman makanan daripada kerosakan atau kemusnahan atau kecurian atau kebakaran atau kehilangan.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4          TAKRIF
Pencegahan adalah satu cara untuk menghalang/ melindungi bahan/ peralatan/ perkakasan/ peralatan perkakasan/ benda/ tanaman/ makanan daripada kerosakan/ kemusnahan/ kecurian/ kebakaran/ kehilangan.

1.5          KAEDAH  PENCEGAHAN
Memancut/ menyembur/ mengesan/ merenjat/ menutup/ melindungi/ mengunci/ memerangkap/ mengikat/ memagar/ menyarung/ membungkus/ menghadang/ menyekat
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
               (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

No comments:

Post a Comment