PBS

Tugasan cuti sekolah
 mid sem 2014
 aspek 1.5 hingga 1.6due date perluu hantar pada 19.06.2014


 9 Nov 2013: Sabtu
Tugasan Folio T4
4Sc2, 4T1, 4T2

Arahan:
1. 1.3(i) Pilih  SUBJEK RUJUKAN 1.. contoh cgu, memilih speaker/pembesar suara utk mengambil kaedah menarik (magnet y ada pada speaker)
JANA subjek rujukan sehingga 2 KALI penjanaan.



2. 1.3(i) Pilih  SUBJEK RUJUKAN ke2.. contoh cgu, memilih roller cat utk mengambil kaedah menolak (bentuk silinder roller)
JANA subjek rujukan sehingga 2 KALI penjanaan.


3. 1.3(ii) Penjanaan bg idea 1 ( Subjek rujukan 1)  diJANA sebanyak 2 KALI


4. 1.3(ii) Penjanaan bg idea 2 ( Subjek rujukan 1)  diJANA sebanyak 2 KALI


5. 1.3(iii) IDEA AKHIR 1 DAN IDEA AKHIR 2... nyatakan KEKUATAN & KELEMAHAN 
masing-masing sekurang-kurangnya SATU. (Perkara BOLEH / TIDAK BOLEH.. lihat contoh)
6. 1.3(iv) IDEA AKHIR PRODUK 1 N IDEA AKHIR PRODUK 2
digabungkan dan menjadi SATU PRODUK BARU yang lebih baik.. SINTESIS- buat perubahan dari segi penambahan/penolakan dari setiap IDEA PRODUK 1.....



PBS TINGKATAN 4 SESI 2013/2014
 
PENGHANCURAN

1.1                     BIDANG
Penyediaan makanan

1.2                     PENGENALAN
Penghancuran merupakan proses kerja yang dilakukan supaya bahan makanan menjadi lebih kecil atau halus.

1.3                     FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja menghancur atau memecah bahan makanan supaya menjadi lebih kecil atau halus.
               (Rujuk aspek 1.1, 1.2 / 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja kursus Reka               
                Cipta)

1.4          TAKRIF
               Penghancuran merupakan perihal (perbuatan) menghancurkan.
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.                    Penghancuran perihal (perbuatan dsb) menghancurkan.
ii.                  Menghancurkan: menjadikan hancur atau pecah berserpihan atau remuk atau relai

1.4                     KAEDAH PENGHANCURAN
Menggiling/ menumbuk/ menghentam/ memotong/ merincih/ mengisar/ menekan/ memampat/ mengapit/ memutar
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).
               (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta


PEMOTONGAN

1.1          BIDANG
               Kepenggunaan

1.2          PENGENALAN
Pemotongan merupakan proses kerja yang dilakukan supaya sesuatu bahan atau benda dapat dipotong.

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja sesuatu bahan atau benda atau tanaman dapat dipotong.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4          TAKRIF
Pemotongan merupakan proses kerja atau aktiviti untuk mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah sesuatu bahan/ benda/ makanan/ tanaman dapat dipotong.
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.                    Memotong: Memutus sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain)
ii.                  Pemotongan : Perbuatan memotong (mengerat, menggunting dan lain-lain alat)

1.5          KAEDAH PEMOTONGAN
Mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah.
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
   (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

PENCEGAHAN

1.1                     BIDANG
               Keselamatan

1.2                     PENGENALAN
Pencegahan merupakan perbuatan atau aktiviti yang dilakukan untuk menghalang atau melindungi sesuatu perkara yang tidak diingini.

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja untuk menghalang atau melindungi bahan atau peralatan atau perkakasan atau benda atau tanaman makanan daripada kerosakan atau kemusnahan atau kecurian atau kebakaran atau kehilangan.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4          TAKRIF
Pencegahan adalah satu cara untuk menghalang/ melindungi bahan/ peralatan/ perkakasan/ peralatan perkakasan/ benda/ tanaman/ makanan daripada kerosakan/ kemusnahan/ kecurian/ kebakaran/ kehilangan.

1.5          KAEDAH  PENCEGAHAN
Memancut/ menyembur/ mengesan/ merenjat/ menutup/ melindungi/ mengunci/ memerangkap/ mengikat/ memagar/ menyarung/ membungkus/ menghadang/ menyekat
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
               (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

----- ------------------------------------------------------------------- -----
 

PENGHANTARAN
ASPEK
1
2
3
1.1
30 JUL-05 OGOS
06-12 OGOS
13-19 OGOS
1.2
03-09 SEPT
10-16 SEPT
17-23 SEPT
1.3
01-07 OKT
08-14 OKT
15 - 21 OKT
1.4
07-13 JAN
14 - 20 JAN
21- 27 JAN
2.5
04 - 10 FEB
11-17 FEB
18-24 FEB
1.6
04 - 10 MAC
11-17 MAC
18 - 24 MAC
2.1-2.4
06-12 MEI
13-19 MEI
20-26 MEI
1.5
10 - 16 JUN
17-23 JUN
24-30 JUN



Berikut adalah TEMA BAGI SESI 2012/2013 - SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4 DIMINTA BERSEDIA DENGAN IDEA M ASING-MASING..berdasarkan SKOP yang telah dinyatakan dibawah. SESI  PERBINCANGAN AKAN BERMULA APRIL 2012..

SISTEM PERMARKAHAN BARU AKAN DIBERITAHU KELAK..

PENYUSUNAN

1.1                     BIDANG
               Sukan / Rekreasi

1.2                     PENGENALAN
Penyusunan adalah proses / kerja yang dilakukan supaya sesuatu peralatan / barang seperti dalam bidang sukan / rekreasi kelihatan kemas dan teratur

1.3                     FOKUS REKA CIPTAAN
Reka ciptaan yang dihasilkan boleh melakukan kerja menyusun peralatan sukan / rekreasi di sekolah
  
1.4          TAKRIF
               Penyusunan merupakan suatu proses / kerja untuk meyusun supaya kemas dan    teratur
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:

               i-susun:
longgok yang teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih), susun atur cara menyusun dan mengatur sesatu seperti perabot, peralatan, dsb dalam sesuatu ruang dsb mengikut pelan yang dikehendaki
   ii-menyusun:
meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih), mengatur baik-baik, meletakkan beraturan
   iii-menyusunkan:
               menyusun sesuatu untuk, mengaturkan

1.4                     KAEDAH PENYUSUNAN
Menyisih / mengatur / menindih / mengasing / menyekat / memisah / melonggok / menggred / melapis / menggantung / melekap / melekat / menggulung / menyepit / mencengkam / mencangkuk / menyangkut

PENCAHAYAAN

1.1          BIDANG
               Kepenggunaan

1.2          PENGENALAN
Pencahayaan adalah proses kerja untuk menerangi / memberi isyarat pada suatu situasi

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Reka ciptaan ini menggunakan cahaya untuk membantu / memudahkan aktiviti pengguna

1.4          TAKRIF
Pencahayaan merupakan proses menerangi / memberi isyarat pada suatu situasi untuk memudahkan aktiviti pengguna
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
               i – cahaya :
pancaranyang datangnya dar objek yang bersinar (lampu, api dsb) yang membolehkan sesuatu objek sekeliling dan lain-lain dapat dilihat
               ii – bercahaya :
               Memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berseri
               iii - mencahayai:
               Memberi cahaya kepad, menerangiu, menyinari, menyuluh
               iv – mencahayakan :
               Mengeluarkan / memancarkan cahaya, menyinarkan

1.5          KAEDAH PENCAHAYAAN
Menyinar / menyuluh / menerang / mengelip / membias / memantul / memfokus /
mencapah


PENGASINGAN

1.1                     BIDANG
               Penyediaan makanan

1.2                     PENGENALAN
Pengasingan adalah proses kerja yang dilakukan untuk memisahkan bahan masakan daripada bendasing / bahagian yang tidak diperlukan dalam proses penyediaan makanan

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Reka ciptaan yang dihasilkan untuk mengasingkan bendasing / bahagian yang tidak diperlukan daripada bahan masakan dalam proses penyediaan makanan

1.4          TAKRIF
Pengasingan merupakan suatu proses / kerja memisahkan bendasing / bahagian yang tidak diperlukan daripada bahan masakan
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
               i – asing :
               Berlainan, terpisah, tersendiri
               ii – pengasingan :
               Perihal (perbuatan dan sebagainya) mengasingkan / memisahkan
               iii – mengasingkan :
               Memisahkan dari yang lain / menyisihkan

1.5          KAEDAH PENGASINGAN
Menyaring / menapis / menyisih / mengangin / memutar / memerah / memampat / menarik / menggetar / mengempar / mengayak / menampi / menggoncang / meniup / menyedut



PRA- TEMA RC 2012/2013 sudah keluar

1. PENCAHAYAAN
2. PENGASINGAN
3. PENYUSUNAN

Pra tema ini telah diwar-warkan di peringkat RC Kebangsaan, oleh itu diharapkan 
pelajar-pelajartingkatan 4 boleh mula untuk memikirkan idea bagi tema masing-masing.
Langkah pertama adalah cuba cari produk-produk sedia ada di pasaran,
dan perhatikan apakah masalahyang dihadapi pengguna? dan apakah penambahbaikkan 
yang patut dilakukan bagi memudahkan dan menyenangkan pengguna...
SELAMAT MENJANA IDEA ANDA!


CARTA GANTT
TEMA KERJA KURSUS REKA CIPTA SPM 2011/2012

PENYUKATAN

1.1 Bidang
Kepenggunaan.

1.2 Pengenalan
Menyukat merupakan satu proses kerja yang dilakukan
supaya sesuatu yang disukat tepat/jitu.

1.3 Fokus Reka Ciptaan
Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti menyukat sesuatu
benda/barangan pengguna.

1.4 Takrif
Penyukatan merupakan suatu proses kerja untuk menyukat/mengukur benda/barang
pengguna supaya tepat/jitu.

Kamus Dewan : Penyukat : alat yang digunakan untuk menyukat
(mengukur dan lain-lain)
Penyukatan : perbuatan menyukat
Menyukat : i – mengukur dengan sukat
ii – mengukur (panjang,luas,isi)

1.5 Kaedah Menyukat
Mengukur/ menimbang/ menghitung/ membilang/ mengira
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).

2.0 PEMANASAN

2.1 Bidang
Pengurusan makanan.

2.2 Pengenalan
Memanas merupakan satu proses kerja yang dilakukan supaya makanan/ minuman
berkeadaan panas.

2.3 Fokus Reka Ciptaan
Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti memanasi makanan/minuman
yang telah dimasak/disediakan.

2.4 Takrif
Pemanasan merupakan suatu proses kerja memanasi makanan / minuman yang
dimasak/disediakan dari keadaan sejuk ke keadaan panas atau kekal berkeadaan
panas.

Kamus Dewan : Pemanasan : perihal memanasi (makanan)
Memanasi : i: menghangatkan
ii: menambah panas

2.5 Kaedah Memanas
Membakar/ memanggang/ menggril/ menggoreng/ mengukus/ merebus/mereneh/ mendidih
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).

3.0 PENGERINGAN

3.1 Bidang
Pertanian.

3.2 Pengenalan
Mengering merupakan satu proses kerja yang dilakukan terhadap sesuatu hasil
pertanian supaya tidak berair/lembap.

3.3 Fokus Reka Ciptaaan
Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti mengeringkan hasil
pertanian.

3.4 Takrif
Pengeringan merupakan suatu proses kerja menyingkir/mengurangkan kandungan
air pada hasil pertanian.

Kamus Dewan : Pengeringan : perihal mengeringi/mengeringkan
Mengeringi : membiarkan supaya menjadi kering

3.5 Kaedah Mengering
Menghembus/ memanas/ menyalai/ mengempar/ mengangin/ menyejat/
menjemur/ membentang/ memerah
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).


TEMA KERJA KURSUS REKA CIPTA SPM 2010/2011

1.0   PEMBERSIHAN

1.1   Bidang
Kepenggunaan

1.2   Fokus
Rekaciptaan yang digunakan didapur

1.3   Pengenalan
Membersihkan sesuatu bahan masakan dan peralatan dapur merupakan satu keperluan dalam kehidupan

1.4   Takrif
Pembersihan merupakan proses kerja  untuk membersihkan bahan masakan  dan peralatan dapur daripada sebarang pencemaran yang boleh merosakkan atau menggangu kesihatan pengguna.

1.5   Aplikasi
Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk membersih  /mencuci /menghapus/ menanggal /menghilang /sesuatu kotoran /pencemaran /bendasing /pada bahan peralatan dapur agar tidak menggangu kesihatan

1.6   Kaedah
Kaedah yang mesti digunakan adalah menggosok/ menyental/ meyembur/ menyedut /memutar/ menggoncang /mememberus /menghembus/ mengempar.

2.0   PERLINDUNGAN

2.1   Bidang
Sukan dan rekreasi

2.2   Fokus
Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi

2.3   Pengenalan
Perlindungan merupakan aspek keselamatan  yang sangat penting melakukan aktiviti sukan dan rekreasi .

2.4   TakriF
Perlindungan merupakan cara untuk melindungi diri daripada kecederaan dan kemudaratan .

2.5   Aplikasi
Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk melindungi /menghalang /megelak /menghindar diri daripada sebarang bentuk kecederaan atau kemudaratan


2.6   Kaedah
Kaedah yang mesti digunakan adalah menyarung / membungkus / melekap /mengikat /mencengkam /menghadang/ menudung/ menutup

3.0   PENYIMPANAN

3.1   Bidang
Kepenggunaan

3.2   Fokus
Reka ciptaan yang digunakan dirumah

3.3   Pengenalan
Menyimpan  sesuatu bahan  / peralatan sangat penting untuk keselesaan pengguna dirumah

3.4   Takrif
Penyimpanan merupakan proses kerja untuk menyimpan bahan / peralatan disatu tempat  supaya tidak rosak,selamat,teratur dan tersusun

3.5   Aplikasi
Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menyimpan bahan / perlatan dirumah supaya tidak rosak,selamat , teratur dan tersusun

3.6   Kaedah
Kaedah yang mesti digunakan ialah menyisih /melekat /melekap/ menyusun/ menyangkut/ menggantung/ memutar.