Wednesday, June 18, 2014

TERIMA KASIH atas kunjungan dari Fakulti Industrial Design, UITM Shah Alam



Amat bermakna..terima kasih..♥
 Majlis ilmu, pameran dan bengkel yg dianjurkan oleh Fakulti Industrial Design
 shah alam semalam, 18 Jun 2014.
 fasilitator terdiri daripada pelajar course tersebut dilihat dapat menaikkan semangat sebahagian murid-murid Rc y menyertai..semoga aktvitii seperti ini akan diteruskan bagi memberi motivasi akan peluang dalam bidang berkenaan dan kerjaya y cerah d masa hadapan.

 In sha Allah..

 snap moment menarik sepanjang sehari bersama ID, UITM

 sila ke Panitia RC












Saturday, June 14, 2014

Anjakan paradigma..utk berjaya ke hdpn..bermula dengan langkah pertama


Perubahan perlu dilakukan setiap hari..

Tidakkah anda berfikir pd hr ini kt perlu lebih baik dari hr semlm..
 oleh itu kita perlu pandang ke hadapan, namun bkn
tidak pernah menoleh kebelakang..sejarah y lalu dijadikan
panduan utk trus maju dan menjadikan kesilapan suatu
pembaharuan y lebih baik pd ms akan dtg.., in sha Allah ♥

Logo RC SMK RP y terbaru..







Wednesday, November 13, 2013

Bukan ramalan..tapi kenyataan..kene pahamkan..bukan disimpan :))

hai berjumpa lg..di dlm kehangatan SPM skrg..Paper SPM RC
bakal menjelang 20 Nov 2013..baiklah di .sini ada.sedikit perkongsian utk semua pelajar rc..bahagian sistem akan dibincangkan kepada sesiapa yg hadir.d kelas tambahan cgu..so c u soon..Rujuk Kongsi

http://rcsmkrp.blogspot.com/p/tema-rc_06.html

Saturday, November 9, 2013

Memory Remains 2013 : 5 Teknologi 1

Selamat menduduki SPM kertas Reka.Cipta dan ICT  kepada semua calon SPM terutamanya kelas cikgu 5 teknologi 1...All the BEST!



Tugasan calon SPM RC 2014

Salam 1 Malaysia

Sudah seminggu cuti semester akhir bermula..
seronok bercuti bermakna perjuangan
bermula kepada calon-calon SPM 2013..
Semoga calon-calon RC SPM 2013 dapat memanfaatkan dahmeluahkan semua
yang telah dipelajari agar mendapatkeputusan yang cemerlang..
 Aamiin.. In Sha Allah

Namun perjuangan pelajar-pelajar ting 4 RC seluruh
 Malaysia belum penamatnya..
cuti-cuti Malaysia nih janganla mengganggap masa
 "honeymoon" untuk
bersenanglenang tidak mengulangkaji pelajaran.. isikan masa anda dengan perkara berfaedah..


Baiklah utk pelajar RC T4 SMKRP bagi tugasan cuti kali ini..
Cikgu terpaksa postkan di blog disebabkan tidak dapat berjumpa anda semua
pada minggu akhir sebelum cuti bermula..dan disebabkan modul pbs masih lg
sedang dlm di UPDATE..
(cikgu terlalu banyak yg perlu diUPDATE..satu satu la ye)

Untuk menyiapkan tugasan semasa cuti ini..  

SILA Rujuk kepada ruangan PBS


































Wednesday, May 29, 2013

Bersedia.. tema 2014

TEMA KERJA KURSUS
REKA CIPTA SPM
3763/2

Semua pelajar tingkatan 4Sc2. 4T1. 4T2 SMKRP dikehendaki bersedia comeout dengan idea masing-masing selepas cuti semester 2013 ini..Kerja kursus akan bermula, seperti biasa surf produk-produk sedia ada di pasaran dan setelah dapat idea, pilih tema anda!


PENGHANCURAN

1.1                     BIDANG
Penyediaan makanan

1.2                     PENGENALAN
Penghancuran merupakan proses kerja yang dilakukan supaya bahan makanan menjadi lebih kecil atau halus.

1.3                     FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja menghancur atau memecah bahan makanan supaya menjadi lebih kecil atau halus.
               (Rujuk aspek 1.1, 1.2 / 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja kursus Reka               
                Cipta)

1.4          TAKRIF
               Penghancuran merupakan perihal (perbuatan) menghancurkan.
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.                    Penghancuran perihal (perbuatan dsb) menghancurkan.
ii.                  Menghancurkan: menjadikan hancur atau pecah berserpihan atau remuk atau relai

1.4                     KAEDAH PENGHANCURAN
Menggiling/ menumbuk/ menghentam/ memotong/ merincih/ mengisar/ menekan/ memampat/ mengapit/ memutar
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).
               (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta


PEMOTONGAN

1.1          BIDANG
               Kepenggunaan

1.2          PENGENALAN
Pemotongan merupakan proses kerja yang dilakukan supaya sesuatu bahan atau benda dapat dipotong.

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja sesuatu bahan atau benda atau tanaman dapat dipotong.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4          TAKRIF
Pemotongan merupakan proses kerja atau aktiviti untuk mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah sesuatu bahan/ benda/ makanan/ tanaman dapat dipotong.
               Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.                    Memotong: Memutus sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain)
ii.                  Pemotongan : Perbuatan memotong (mengerat, menggunting dan lain-lain alat)

1.5          KAEDAH PEMOTONGAN
Mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah.
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
   (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

PENCEGAHAN

1.1                     BIDANG
               Keselamatan

1.2                     PENGENALAN
Pencegahan merupakan perbuatan atau aktiviti yang dilakukan untuk menghalang atau melindungi sesuatu perkara yang tidak diingini.

1.3          FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja untuk menghalang atau melindungi bahan atau peralatan atau perkakasan atau benda atau tanaman makanan daripada kerosakan atau kemusnahan atau kecurian atau kebakaran atau kehilangan.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4          TAKRIF
Pencegahan adalah satu cara untuk menghalang/ melindungi bahan/ peralatan/ perkakasan/ peralatan perkakasan/ benda/ tanaman/ makanan daripada kerosakan/ kemusnahan/ kecurian/ kebakaran/ kehilangan.

1.5          KAEDAH  PENCEGAHAN
Memancut/ menyembur/ mengesan/ merenjat/ menutup/ melindungi/ mengunci/ memerangkap/ mengikat/ memagar/ menyarung/ membungkus/ menghadang/ menyekat
(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
               (Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

Saturday, May 26, 2012

Pembelajaran secara ONLINE?

..Cuti semester I sudahpun bermula.. ini tidak bermakna.. p&p anda pun bercuti juge..
even ada kelas tambahan n program "PBS Sure Siap" yang akan dijalankan pada Khamis dan Jumaat (NEXT WEEK), tapi ada satu lagi berita penting..

Pembelajaran secara ONLINE? sudahpun didaftarkan bagi subjek Reka Cipta
Adakah sambutan menggalakkan?
Kekangannya adalah kemudahan komputer dan internet pada pelajar..
anyway kepada pelajar yang mempunyai kemudahan tersebut ..jangan sia-siakannya..
ONLINE bersama cgu , dan jawab soalan kuiz.. dan utarakan masalah anda
berkaitan subtopik RC, tema projek dan sebagainya...

SO, google kepada http: www.edmodo.com
Berikut adalah class ONLINE yang telah di"create":

1. Reka Cipta 2011/2012
The code to access this group is: ri5i5l

2. Reka Cipta 2012/2013
The code to access this group is: ci2cel

*Perhatian: LOGIN sebagai STUDENT, dan khusus kepada pelajar berkenaan sahaja.. selainnya 
                    kemungkinan akan di"kick" oleh admin..

so, have a nice day!

Saturday, May 12, 2012

Mesyuarat Penataran 2012

Mesyuarat Penataran 2012

Tarikh     : 8 Mei 2012
Tempat   : SMK Seksyen 11 Shah Alam.

Membincangkan mengenai PBS 2012 (tahun semasa),
Maklumat MPKK yang update boleh dimuat turun di laman web http://www.moe.gov.my
En Azizi selaku pengerusi majlis dan tuan rumah membincangkan and go through pentaksiran
daripada 1.1-1.6 dan 2.1-2.5 bagi memantapkan maklumat dan pentaksiran bagi guru lama dan 
guru baru agar tidak berlaku kecairan maklumat.
           Bagi guru yang tidak mengikuti mesyuarat diskriminasi di Hotel Kuala Lumpur, diberikan 
sedikit maklumattambahan dan taklimat..
           Sesi perbincangan tema 2011/2012 turut dibincangkan bersama, namun tema 2012/2013 
telahditetapkan iaitu Penyusunan, Pencahayaan dan Pengasingan.. kemungkinan tema tidak akan 
bertukarjika bertukar sekalipun mungkin dari segi skop tema dan sebagainya yang akan diberitahu kelak.

Tarikh pentaksiran TiNG4 akan bermula akhir JULAI --atau awal OGOS.

Pentaksir Kawasan bagi SMK Rantau Panjang, Klang
Pn Zuraida bt Kamarudin Sohaimi
dari SMK Darul Ehsan.