TEMA KERJA KURSUS
REKA CIPTA SPM
3763/2
REKA CIPTA SPM
3763/2
Semua pelajar tingkatan 4Sc2. 4T1. 4T2 SMKRP dikehendaki bersedia comeout dengan idea masing-masing selepas cuti semester 2013 ini..Kerja kursus akan bermula, seperti biasa surf produk-produk sedia ada di pasaran dan setelah dapat idea, pilih tema anda!
PENGHANCURAN
1.1
BIDANG
Penyediaan makanan
1.2
PENGENALAN
Penghancuran merupakan proses
kerja yang dilakukan supaya bahan makanan menjadi
lebih kecil atau halus.
1.3
FOKUS
REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat melakukan kerja menghancur atau memecah bahan makanan
supaya menjadi lebih kecil atau halus.
(Rujuk aspek 1.1, 1.2 / 2.3
kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja kursus Reka
Cipta)
1.4 TAKRIF
Penghancuran merupakan perihal
(perbuatan) menghancurkan.
Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.
Penghancuran
perihal (perbuatan dsb) menghancurkan.
ii.
Menghancurkan:
menjadikan hancur atau pecah berserpihan atau remuk atau relai
1.4
KAEDAH
PENGHANCURAN
Menggiling/ menumbuk/ menghentam/
memotong/ merincih/ mengisar/ menekan/ memampat/ mengapit/ memutar
(Kaedah yang dipilih
mesti yang tersenarai sahaja).
(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i)
pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta
PEMOTONGAN
1.1 BIDANG
Kepenggunaan
1.2 PENGENALAN
Pemotongan merupakan proses kerja
yang dilakukan supaya sesuatu bahan atau benda dapat dipotong.
1.3 FOKUS REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat
melakukan kerja sesuatu bahan atau benda atau tanaman dapat dipotong.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3
kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
1.4 TAKRIF
Pemotongan merupakan proses kerja
atau aktiviti untuk mengerat/ menghiris/ menebang/ menggunting/ memangkas/
menuai/ menorah sesuatu bahan/ benda/ makanan/ tanaman dapat dipotong.
Kamus Dewan-Edisi Keempat:
i.
Memotong:
Memutus sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain)
ii.
Pemotongan
: Perbuatan memotong (mengerat, menggunting dan lain-lain alat)
1.5 KAEDAH
PEMOTONGAN
Mengerat/ menghiris/ menebang/
menggunting/ memangkas/ menuai/ menorah.
(Kaedah yang
dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual
Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
PENCEGAHAN
1.1
BIDANG
Keselamatan
1.2
PENGENALAN
Pencegahan merupakan perbuatan
atau aktiviti yang dilakukan untuk menghalang atau melindungi sesuatu perkara
yang tidak diingini.
1.3 FOKUS
REKA CIPTAAN
Menghasilkan alat yang dapat
melakukan kerja untuk menghalang atau melindungi bahan atau peralatan atau
perkakasan atau benda atau tanaman makanan daripada kerosakan atau kemusnahan
atau kecurian atau kebakaran atau kehilangan.
(Rujuk aspek 1.2, 1.2 dan 2.3
kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)
1.4 TAKRIF
Pencegahan adalah satu cara untuk
menghalang/ melindungi bahan/ peralatan/ perkakasan/ peralatan perkakasan/
benda/ tanaman/ makanan daripada kerosakan/ kemusnahan/ kecurian/ kebakaran/
kehilangan.
1.5 KAEDAH
PENCEGAHAN
Memancut/ menyembur/ mengesan/
merenjat/ menutup/ melindungi/ mengunci/ memerangkap/ mengikat/ memagar/
menyarung/ membungkus/ menghadang/ menyekat
(Kaedah yang
dipilih mesti yang tersenarai sahaja)
(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i)
pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)