Wednesday, January 4, 2012

RC bolehke score A? 


Minggu ini, pelajar-pelajar yang masuk ke tingkatan 4T1 dan 4T2 masing-masing
terfikir sama ingin memilih sama ada RC @ ICT?
Sebenarnya kedua-dua subjek pilihan ini sama hebatnya dan boleh scoreA..
                                  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
Disebabkan cikgu tidak berkesempatan untuk promote subjek RC semasa 
program orientasi ting4 pada hari ini, di sini cikgu mengambil kesempatan
membuka minda sebelum pelajar membuat keputusan yang tepat!

RC mempunyai 2 task penting yang harus dijalani iaitu:
a) kerja kursus iaitu folio (60%) dan
    artifak (40%)  -50%
b) Peperiksaan bertulis SPM -50%

Kerja kursus yang meliputi 50% adalah mengikut tema yang dikeluarkan
setiap tahun, contohnya pada tahun lepas iaitu tema pengeringan, pemanasan dan
penyukatan.

Terdapat kriteria yang perlu dipartuhi dalam mereka cipta produk tersebut.
Bahan bagi penghasilan produk adalah daripada sumber kewangan pelajar sendiri
(tetapi sekolah akan membantu dari segi bahan-bahan utama seperti foam, pollyputty)
dan bahan kemasan (cat, spray dll). Selain itu, bahan untuk membuat folio akan
diperuntukkan  kepada pelajar.
Tempoh bagi menyiapkan kerja kursus ini adalah selama setahun iaitu daripaada
bulan 6 (TING4) sehingga bulan 6 (TING5).

50% selebihnya adalah untuk kertas soalan bertulis SPM.
Di mana terdapat
i) Bah A (15 soalan) -Isi tempat kosong/padanan/betul@salah dsbg
ii) Bah B (16 atau 17 DAN 18 atau 19) - soalan struktur/lakaran/sistem
iii) Bah C (20 atau 21) -soalan esei/penjanaan idea/penambahbaikan

TIPS yang cikgu boleh berikan untuk subjek ini, cikgu perlukan pelajar 
 yang mempunyai kriteria seperti berikut:
1- Minat untuk mereka cipta suatu yang baru
2- Kreatif & Inovatif
3- Boleh melukis/ melakar sekurang-kurangnya lukisan 2D
     ( Folio- lukisan 3D)
4- Rajin & Tidak ponteng kelas
5- Tidak mudah berputus asa & Berdisiplin

jadi, masih ada masa untuk memikirkan pilihan anda.
namun untuk subjek RC, ada sesi penilaian menanti anda..

tk

No comments:

Post a Comment